-->
skip to main | skip to sidebar

let me introduce you to my blog people in the club !!


Click here for Myspace Layouts
Tinkerbell Glitter

SNSD

Facebook Badge

Asanhasz

Promote Your Page Too

like my blog ??

Followers


Powered by Blogger.

Thursday, 31 January 2013

Stacy, Datuk Siti Nurhaliza & Ziana Zain Top 25 Penyanyi Wanita Terbaik Asia


Laman web The Top Tens menyenaraikan Stacy, Datuk Siti Nurhaliza dan Ziana Zain di kedudukan ke-25 terbaik penyanyi wanita Asia. 
 
Berdasarkan undian yang dijalankan, pelantun lagu 'Pelangi Senja' itu berada di tempat ke-17, diikuti Datuk Siti Nurhaliza di tangga ke-19 dan diva popular, Ziana Zain di kedudukan ke-24.
Mendahului senarai tersebut ialah penyanyi yang berasal dari Filipina iaitu Charice Pempengco, Sarah Geronimo (Filipina), Agnes Monica (Indonesia), Regine Velasquez (Filipina) dan Kim Tae-yeon dari Korea Selatan yang mana kesemua mereka diundi dalam kedudukan top 5.
Sementara itu, Jaclyn Victor yang kini popular dengan lagu 'Jagalah Diri' diundi pada kedudukan ke-64.  Namun, nama Shila Amzah dan Yuna tidak tersenarai dalam kedudukan top 100 daripada laman web tersebut.

Posted by asanhasz at 16:49 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Britney Spears Putus Tunang


Penyanyi terkenal dunia, Britney Spears akhirnya memutuskan ikatan pertunangan dengan Jason Trawick, 41, yang juga bekas ejennya selepas bertunang pada Disember 2011. 
“Trawick dan saya memutuskan untuk membatalkan pertunangan kami. Saya akan sentiasa memujanya dan kami akan kekal sebagai kawan baik,” katanya dalam satu kenyataan.
 
Pasangan itu mula berpacaran pada Mei 2010, selepas beberapa tahun berdepan dengan kerumitan hidup, termasuk kehilangan hak penjagaan dua anaknya, memasuki pusat rawatan dan mencukur rambutnya.
 
Dalam satu kenyataan lain juga, Trawick berkata; 
 
“Apabila episod ini berakhir buat kami, episod baru akan bermula. Saya selalu akan menyayangi dan mengingati Britney serta anak lelakinya. Kami akan terus menjadi teman rapat selamanya,” katanya.
 
Sebelum ini dia menceraikan Kevin Federline pada 2006 dan mempunyai dua anak bersama penari itu.

Posted by asanhasz at 16:45 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Aaron Aziz Duta Wangian Ubermen


Rezeki nyata masih memihak kepada pelakon pujaan ramai, Aaron Aziz apabila telah dipilih sebagai duta untuk wangian terbaru daripada Ubermen, 'Be Pozzezzed'.
Pemilihan Aaron sebagai duta wangian ini tentunya bersesuaian dengan imej dan karisma yang dimiliki oleh pelakon drama bersiri, 'Adam & Hawa' selain mempunyai peminat daripada segenap lapisan masyarakat. 
 
Selain Ubermen, Aaron juga merupakan duta kepada beberapa produl lain seperti Loreal, Drive M7 dan YourGurt. 


Posted by asanhasz at 16:43 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

KAWAN

kadang-kadang kawan boleh tolong kita . tp kadang-kadang kawan juga boleh jadi lawan . 
aku pon tak tahu la . ada la kawan aku sorang ni aku nak kate ape la . ape yang aku hadapi sekarang sangat2 buat aku kecik hati . aku boleh tolong ambil barang die aku juga ikot saje cakap ape yang die suruh . tp bile 1 fail aku tertinggal je pon tak boleh nak ambik . =( . sedih juga bila dapat kawan macam ni . 

Posted by asanhasz at 16:34 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 16 January 2013

Nk bb baru .

Nk beli bb baru la . Tp bahet xde pulak .. Ishh2. .. Sedih2 . :(
Posted by asanhasz at 10:24 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Location: Kampung Ayer Keroh Kampung Ayer Keroh

Tuesday, 15 January 2013

Bersawang dah .

Ishh . Lamenye xupdate blog ni . Agak2 brape kati la habuk yg ad . Heehee . Biase la blaja . Mesti la busy . Tp xpe disebabkan dah ad software blog kt smartphone so bole la ipdate blog tiap2 ari . Hehe

Posted by asanhasz at 15:21 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Location: Melaka Melaka

Thursday, 13 September 2012

Demam Will & Kate di ntv7

Pada April 2011 lalu, 2.3 juta rakyat Malaysia terpaku di hadapan TV untuk menyaksikan pasangan Diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton melafazkan ikrar cinta sekaligus mengakhiri zaman bujang mereka.
Maka tidak hairanlah apabila pasangan ini kembali menjadi perhatian lensa kamera ketika melakukan lawatan ke Malaysia dari 13 hingga 15 September ini.
Dalam meraikan kedatangan mereka, sebuah rancangan istimewa berjudul 'Will & Kate – The Malaysian Tour' akan bersiaran pada hari Ahad, 16 September, jam 9.30 malam. Penonton dapat mengikuti aktiviti sepanjang lawatan tiga hari pasangan Diraja itu di Malaysia.
Selain rancangan tersebut,turut disajikan adalah 'William & Kate: A First Year Anniversary Celebration' yang akan disiarkan pada 13 September, jam 8.30 malam.
Ketahui juga evolusi fesyen Kate Middleton, dalam rancangan 'Biografi: Kate Middleton' pada 14 September, jam 8.30 malam. Tidak ketinggalan, penonton juga akan dihiburkan dengan konsert 'The Diamond Jubilee Concert 2012' pada 15 September, jam 8.30 malam.
Konsert ini diadakan bersempena sambutan Jubli Intan pemerintahan Permaisuri Elizabeth yang diserti oleh bintang-bintang popular tersohor seperti Elton John, Tom Jones, Annie Lennox, Paul McCartney, Kylie Minogue, Sir Cliff Richard, Stevie Wonder, dan ramai lagi.
Posted by asanhasz at 13:05 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

huhu


Get a Glitter Calendar Click Here

sweEt

my facebook . hee~

Dato' Asan Hasz

Create Your Badge

num of VISITOR


Get your myspace counter

cbox

About Me

My photo
asanhasz
~ hope u all enjoy with my blog ~ hassan abd aziz ~ 28-09-1993 ~ melaka ~ plezz follow me ~ always happy * I LOVE U * ^ peace ^
View my complete profile

music is my life !!

2NE1 - Go Away
get this widget here

Blog Archive

  • ▼  2013 (6)
    • ▼  January (6)
      • Stacy, Datuk Siti Nurhaliza & Ziana Zain Top 25 Pe...
      • Britney Spears Putus Tunang
      • Aaron Aziz Duta Wangian Ubermen
      • KAWAN
      • Nk bb baru .
      • Bersawang dah .
  • ►  2012 (13)
    • ►  September (2)
    • ►  June (3)
    • ►  April (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (24)
    • ►  December (7)
    • ►  October (9)
    • ►  July (7)
    • ►  June (1)
Blog Design by Freyja Silver | Digi-Scrap by Clareys Designz
Layout By freyjasilver