Pasangan selebriti terkenal dunia, David dan Victoria Beckham dikhabarkan akan menjual kediaman mereka yang terletak di England. Kediaman yang digelar 'Beckingham Palace' ini akan dijual pada harga 28 juta pound.

Kediaman ini terletak di kawasan seluas 24 ekar di utara London berdekatan dengan Herfordshire mempunyai tujuh bilik tidur, dua kolam renang, gelanggang tenis, gimnasium dan banyak lagi kemudahan mewah lain.

Keputusan menjual kediaman ini mengukuhkan lagi dakwaan bahawa pasangan ini telah mengambil keputusan untuk menetap di Amerika Syarikat .