Saturday 14 April 2012
Karl Lagerfeld Hias Helikopter
Tiada perkara yang tidak boleh dilakukan oleh pereka fesyen terkenal yang kini memegang jawatan Pengarah Kreatif bagi jenama Chanel, Karl Lagerfeld. Selepas berjaya dalam bidang fesyen, Lagerfeld akan menggunakan kepakarannya untuk mereka bentuk hiasan dalaman helikopter.
Bersama syarikat yang berpangkalan di Itali, AgustaWestland, kolaborasi ini memberi peluang Lagerfeld menggunakan sentuhan mewahnya untuk keluaran edisi terhad helikopter ini.
Helikopter 15 tempat duduk ini pastinya akan dilimpahi kemewahan dengan menggunakan jenama Chanel yang kini giat melebarkan empayarnya dengan tidak tertumpu kepada fesyen sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment