Thursday 19 April 2012
Scha Gembira Menjelang Perkahwinan
Teruja dengan majlis kahwin yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi, Scha memberitahu bahawa pada majlis ini nanti, dia akan mengenakan tiga persalinan busana pengantin ilham pereka terkenal, Syaiful Baharim.
"InsyaAllah, Scha akan mengenakan satu persalinan untuk akad nikah dan dua persalinan untuk majlis sanding nanti. Doakan semuanya berjalan lancar," pinta Scha yang mengakui tenang dalam menghadapi majlis kahwinnya tidak lama lagi.
Saturday 14 April 2012
Karl Lagerfeld Hias Helikopter
Tiada perkara yang tidak boleh dilakukan oleh pereka fesyen terkenal yang kini memegang jawatan Pengarah Kreatif bagi jenama Chanel, Karl Lagerfeld. Selepas berjaya dalam bidang fesyen, Lagerfeld akan menggunakan kepakarannya untuk mereka bentuk hiasan dalaman helikopter.
Bersama syarikat yang berpangkalan di Itali, AgustaWestland, kolaborasi ini memberi peluang Lagerfeld menggunakan sentuhan mewahnya untuk keluaran edisi terhad helikopter ini.
Helikopter 15 tempat duduk ini pastinya akan dilimpahi kemewahan dengan menggunakan jenama Chanel yang kini giat melebarkan empayarnya dengan tidak tertumpu kepada fesyen sahaja.
Friday 13 April 2012
Beckham jual 'Beckingham Palace'
Pasangan selebriti terkenal dunia, David dan Victoria Beckham dikhabarkan akan menjual kediaman mereka yang terletak di England. Kediaman yang digelar 'Beckingham Palace' ini akan dijual pada harga 28 juta pound.
Kediaman ini terletak di kawasan seluas 24 ekar di utara London berdekatan dengan Herfordshire mempunyai tujuh bilik tidur, dua kolam renang, gelanggang tenis, gimnasium dan banyak lagi kemudahan mewah lain.
Keputusan menjual kediaman ini mengukuhkan lagi dakwaan bahawa pasangan ini telah mengambil keputusan untuk menetap di Amerika Syarikat .
Subscribe to:
Posts (Atom)