Maka tidak hairanlah apabila pasangan ini kembali menjadi perhatian lensa kamera ketika melakukan lawatan ke Malaysia dari 13 hingga 15 September ini.
Dalam meraikan kedatangan mereka, sebuah rancangan istimewa berjudul 'Will & Kate – The Malaysian Tour' akan bersiaran pada hari Ahad, 16 September, jam 9.30 malam. Penonton dapat mengikuti aktiviti sepanjang lawatan tiga hari pasangan Diraja itu di Malaysia.
Selain rancangan tersebut,turut disajikan adalah 'William & Kate: A First Year Anniversary Celebration' yang akan disiarkan pada 13 September, jam 8.30 malam.
Ketahui juga evolusi fesyen Kate Middleton, dalam rancangan 'Biografi: Kate Middleton' pada 14 September, jam 8.30 malam. Tidak ketinggalan, penonton juga akan dihiburkan dengan konsert 'The Diamond Jubilee Concert 2012' pada 15 September, jam 8.30 malam.
Konsert ini diadakan bersempena sambutan Jubli Intan pemerintahan Permaisuri Elizabeth yang diserti oleh bintang-bintang popular tersohor seperti Elton John, Tom Jones, Annie Lennox, Paul McCartney, Kylie Minogue, Sir Cliff Richard, Stevie Wonder, dan ramai lagi.