Laman web The Top Tens menyenaraikan Stacy, Datuk Siti Nurhaliza dan Ziana Zain di kedudukan ke-25 terbaik penyanyi wanita Asia.
Berdasarkan undian yang dijalankan, pelantun lagu 'Pelangi Senja' itu berada di tempat ke-17, diikuti Datuk Siti Nurhaliza di tangga ke-19 dan diva popular, Ziana Zain di kedudukan ke-24.
Mendahului senarai tersebut ialah penyanyi yang berasal dari Filipina iaitu Charice Pempengco, Sarah Geronimo (Filipina), Agnes Monica (Indonesia), Regine Velasquez (Filipina) dan Kim Tae-yeon dari Korea Selatan yang mana kesemua mereka diundi dalam kedudukan top 5.
Sementara itu, Jaclyn Victor yang kini popular dengan lagu 'Jagalah Diri' diundi pada kedudukan ke-64. Namun, nama Shila Amzah dan Yuna tidak tersenarai dalam kedudukan top 100 daripada laman web tersebut.